OBJEKTIF
- Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
 - Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
 - Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan
 - Menyelanggara Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
 
FUNGSI UNIT ICT DVS PERAK
- Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
 - Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan.
 - Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.
 - Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi.
 - Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak serta mempastikan keselamatan dan integriti data.
 - Memberikan khidmat sokongan bagi mempastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.
 
email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                                                                            English                                            